Translate

Monday, June 24, 2013

NIK HIRZAN (kanan) dan Wong (tengah) pada majlis penyerahan tajaan De Stadium Futsal dan Restoran Kopitiam Kita di Kota Bharu. pada hari isnin 24/6/2013.


Syarikat Operator Futsal terkemuka, De Stadium Futsal KB telah menjalin kerjasama erat dengan pihak Restoran Kopitiam Kita dengan memberi tajaan pakaian seragam kepada semua barisan pekerja mereka bermula hari ini. Tajaan disampaikan oleh Nik Hirzan kepada pemilik Restoran Kopitiam Kita sendiri iaitu N.H. Wong sambil disaksikan oleh Pengurus Cawangan De Stadium Futsal KB Hazwan Bustari.

Pengarah Urusan De Stadium Futsal KB, Nik Hirzan Husni berkata, pihak kami merasakan kerjasama ini merupakan satu  langkah yang amat bijak sekali bagi tujuan promosi logo dan nama syarikat ini kerana Restoran Kopitiam Kita merupakan salah satu nama besar dalam industri makanan dan minuman khususnya di negeri kelantan dan pantai timur ini. Dengan nama yang cukup terkenal di kalangan generasi muda, golongan korporat dan bahkan juga ramai rakan artis dan barisan media sudahpun  mengenali mereka dari dekat dengan singgah ke restoran, ini sedikit sebanyak memberikan kami kelebihan dari segi penjenamaan.

Restoran Kopitiam Kita yang terletak di alamat 4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu Kelantan ini terkenal dengan banyak pilihan makanan dan minuman, akan tetapi dua pilihan menu terkenal mereka adalah "NASI BERLAUK AIR DINGIN dan ROTI TITAB" yang rasanya sungguh enak sekali. Ungkapan "RASA SEKALI, PASTI MAHU LAGI, pastilah yang sesuai untuk diperkatakan. Anda boleh hubungi talian "hotline" mereka di 019.981.0888 untuk tujuan pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai lokasi restoran mereka ini.

Wednesday, June 19, 2013

T-SHIRT - I LOVE FUTSAL (MERAH)

HANYA RM25/sehelai!

SAIZ (S/M/L)


Berminat? Ada dijual di kaunter De Stadium Futsal KB mulai tarikh (20.6.2013) atau dail 013.958.7007 untuk maklumat lanjut.

Sunday, June 9, 2013

PASUKAN ALAM SEKITAR UNITED MUNCUL JUARA EDISI KELAPAN!


Pasukan ALAM SEKITAR UNITED berjaya kejutkan banyak pasukan pilihan di saingan peringkat kumpulan dan separuh akhir seterusnya berjaya muncul JOHAN PUSINGAN KE-8 pada Kejohanan Mini Raja Sehari Edisi 2012-2013 setelah menewaskan pasukan PP FC di perlawanan akhir dengan keputusan penuh 3-0.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Hazwan Bustari (tengah) selaku Pengurus Cawangan. Semua perlawanan berlangsung di De Stadium Futsal KB.

Berminat untuk turut serta pertandingan edisi kedua? Hubungi 013.958.7007 untuk tujuan pertanyaan, daftar seterusnya tempah slot terawal untuk bermain. 
Bermain Hebat Seperti Juara. Hanya disini.

Tarikh dan pemenang pusingan lalu seperti berikut:-
Pusingan 1 (MESIRA FC) pada 27.10.12,
Pusingan 2 (PM FC) pada 15.12.2012,
Pusingan 3 (POKOK ASAM FC) pada 19.1.2013,
Pusingan 4 (VERY R FC) pada 23.2.2013
Pusingan 5 (RAMBU RAMBAI FC) 9.3.2013,
Pusingan 6 (NIJIMI FC) 5.4.2013,
Pusingan 7 (NIJIMI FC JR) 3.5.2013.
Pusingan 8 (ALAM SEKITAR UNITED) 31.5.2013.

JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA PIHAK KAMI UCAPKAN KEPADA KESEMUA PASUKAN YANG TELAH BERTANDING DI EDISI PERTAMA KEJOHANAN MINI RAJA SEHARI. 

KAMI TUNGGU ANDA DI PUSINGAN KEDUA NANTI....

Ikuti kami di :
www.destadiumfutsal.blogspot.com, 
www.facebook/destadiumfutsal,
www.twitter/destadium,
www.instagram/destadiumfutsal.