Translate

Wednesday, December 19, 2012

PASUKAN MESIRA FC JOHAN PUSINGAN PERTAMA KEJOHANAN MINI RAJA SEHARI!

Pasukan Pilihan Mesira FC menepati ramalan apabila berjaya menjadi JOHAN pada pusingan pertama di Kejohanan Mini Raja Sehari edisi 2012-2013 selepas menewaskan pasukan Cahaya Team FC dengan keputusan penuh perlawanan 2-0.

Kejohanan mini yang julung-julung kalinya diadakan di De Stadium Futsal KB ini berjaya menarik perhatian pemain/peminat/penggiat sukan futsal tanahair khususnya di negeri Kelantan.


Pihak Pengurusan amat berpuas hati dengan sokongan dan kehadiran semua pada Kejohanan Mini ini. Diharap, di pusingan kedua nanti akan menjadi lebih meriah dan hebat lagi.


 TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PASUKAN YANG TERLIBAT DAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA BARISAN PEMENANG.

No comments:

Post a Comment