Translate

Tuesday, December 25, 2012

KHIDMAT PELANGGAN

Antara KHIDMAT UTAMA yang telah pihak kami sediakan KHAS untuk "ANDA" semua pelanggan setia kami. 



 #1. Sistem Tempahan dan Pertanyaan tentang Kompleks :- 


Hubungi 013.958.7007 untuk tujuan tempahan gelanggang futsal dan pertanyaan lanjut mengenai Kompleks Sukan De Stadium Futsal Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.


 #2."KAMI ATUR PERLAWANAN PERSAHABATAN ANDA" - MUDAH, CEPAT DAN PASTINYA BERPUAS HATI.... 


Kami sediakan pasukan lawan untuk pasukan anda bermain, "TIADA CAJ DIKENAKAN". 
Langkah mudah dengan hanya tinggalkan nama anda, nama pasukan, no tel rasmi pasukan, waktu dan pilihan hari untuk pasukan anda bermain. Ianya ternyata mudah sekali, tunggu apa lagi dail atau sms 013.958.7007 sekarang juga !! contoh sms: ALI, ALI FC, 012.345.6789, 9-10MLM, KHAMIS. *pihak kami akan uruskan yang selanjutnya.


 #3. Bahagian Kejohanan dan Pertandingan 


Berminat untuk menganjurkan Kejohanan dan Pertandingan Futsal di Kompleks Sukan kami? Hubungi terus Bahagian Kejohanan/Pertandingan kami di talian 013.958.7007 dan bercakap dengan Pengurus Cawangan kami Hazwan Bustari.


#4. Bahagian Jualan dan Pemasaran


1. Mencari ruang iklan untuk disewa?  2. Sambut hari jadi di tempat futsal? 3. Pembelian produk kami? 4. Pertanyaan dan nasihat tentang perniagaan futsal? Dail 017.211.5991 Fizzany Adnan.



 Akan datang.... banyak lagi servis dan khidmat hebat yang bakal disediakan dari kami.....


Bermain Hebat Seperti Juara. Hanya disini.



NO TEL"HOTLINE" KHIDMAT KAMI: 013.958.7007

Wednesday, December 19, 2012

KEEP CALM AND LOVE FUTSAL


WAN ZAHARULNIZAM TURUN GELANGGANG?


Penyerang pasukan Harimau Muda, Wan Zaharulnizam Zakaria (Baju Merah) sempat  bergambar kenangan dengan pengurusan operasi sebelum meluangkan masa bermain futsal bersama rakan-rakan di De Stadium Futsal KB.  Sekali dalam gambar, (dua dari kanan - Pengurus Cawangan De Stadium Futsal KB, Hazwan Bustari).

Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi bantu promosi jenama kami dengan memakai baju merah  khas itu. TERIMA KASIH DAN 

SEMOGA BERJAYA KAMI UCAPKAN KEPADA BELIAU DI DALAM KERJAYA BOLA SEPAK PROFESIONAL.

RAMZUL ZAHINI ADENAN DI DE STADIUM FUTSAL KB

TERIMA KASIH SAUDARA RAMZUL!! Kami ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi bantu promosi jenama De Stadium Futsal, sebelum sama-sama memberikan gaya menarik bergambar kenangan bersama bekas pemain bola sepak pasukan TRW, saudara Ramzul Zahini Adenan di De Stadium Futsal KB.

Dalam gambar dari kiri, Hazwan Bustari (Pengurus Cawangan), Fizzany Adnan (Pengurus Besar), Nik Hirzan Husni (Pengarah Urusan), Afizi Zaini (Pembantu Penyelia) 

DE STADIUM FC BENAM MAJLIS DAERAH TUMPAT! TERIMA KASIH HARIAN METRO.

Jutaan terima kasih kami ucapkan pada pihak media Harian Metro - akhbar #1 di Malaysia.

TAJAAN RASMI DE STADIUM FUTSAL KEPADA PASUKAN BOLASEPAK SAM FC!

Tajaan khas daripada pihak De Stadium Futsal KB  kepada pasukan Bola Sepak SAM FC telah berlangsung di MSN, Bukit Jalil. 

JENAMA DE STADIUM FUTSAL DI TV3 !!

MERIAH !! Kerjasama menarik di antara dua belah pihak, De Stadium Futsal dan media TV3 menjelang Karnival Sukan Media MSN 2012.  Pengarah Urusan De Stadium Futsal KB, Nik Hirzan Husni (berdiri tiga dari kiri) turut hadir memberikan sokongan penuh.

 JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK MEDIA TV3 KERANA SUDI BANTU PROMOSI JENAMA KAMI.

KERJASAMA HEBAT ANTARA DE STADIUM FUTSAL DAN PIHAK TV3

Tajaan khas daripada pihak De Stadium Futsal kepada media TV3 menjelang Karnival Sukan Media MSN.

DE STADIUM FC MENENTANG KELATE.NET

MANTAP !! Pasukan tuan rumah, De Stadium FC (jersi putih biru) dan Pasukan lawan, Kelate.Net (jersi merah) sempat bergambar kenangan sebelum memulakan aksi perlawanan persahabatan. 
Perlawanan berlangsung di De Stadium Futsal KB. Sedikit tambahan, anda ada pasukan futsal sendiri dan berminat untuk mencuba kehebatan pasukan rasmi De Stadium FC? 
Hubungi 013.958.7007 untuk tempah bermain satu jam yang penuh dengan cabaran.

Bermain Hebat Seperti Juara. Hanya disini.

BERMAIN HEBAT SEPERTI JUARA. HANYA DISINI..

Pengarah De Stadium Futsal KB. Nik Hirzan Husni (Berdiri empat dari kanan) sempat bergambar kenangan sebelum sepak mula acara futsal hari keluarga dan rakan-rakan terdekat.

TERUSKAN USAHA MURNI ANDA UNTUK MEMBANTU ANAK-ANAK MUDA KITA MENJALANI HIDUP KE ARAH YANG LEBIH SIHAT. 

PM FC RANGKUL KEJUARAAN DI PUSINGAN KEDUA KEJOHANAN MINI RAJA SEHARI!


Pasukan PM FC  berjaya muncul JOHAN PUSINGAN KE-2 pada Kejohanan Mini Raja Sehari Edisi 2012-2013 setelah menewaskan pasukan PADANG TEMBUSU FC di perlawanan akhir dengan keputusan penuh 1-0.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Hazwan Bustari (tengah) selaku Pengurus Cawangan sambil ditemani Afizi Zaini Penyelia Bahagian Kejohanan & Pertandingan. Semua perlawanan berlangsung di De Stadium Futsal KB.

Berminat untuk turut serta pertandingan? Hubungi 013.958.7007 sekarang untuk tujuan daftar dan tempah slot bermain. Bermain Hebat Seperti Juara. Hanya disini.

Tarikh dan pemenang pusingan lalu seperti berikut:-
Pusingan 1 (MESIRA FC) pada 27.10.12,
Pusingan 2 (PM FC) pada 15.12.2012,

NANTIKAN TARIKH PUSINGAN YANG SETERUSNYA.. 


Ikuti kami di :
www.destadiumfutsal.blogspot.com, 
www.facebook/destadiumfutsal,
www.twitter/destadium,
www.instagram/destadiumfutsal.

PASUKAN MESIRA FC JOHAN PUSINGAN PERTAMA KEJOHANAN MINI RAJA SEHARI!

Pasukan Pilihan Mesira FC menepati ramalan apabila berjaya menjadi JOHAN pada pusingan pertama di Kejohanan Mini Raja Sehari edisi 2012-2013 selepas menewaskan pasukan Cahaya Team FC dengan keputusan penuh perlawanan 2-0.

Kejohanan mini yang julung-julung kalinya diadakan di De Stadium Futsal KB ini berjaya menarik perhatian pemain/peminat/penggiat sukan futsal tanahair khususnya di negeri Kelantan.


Pihak Pengurusan amat berpuas hati dengan sokongan dan kehadiran semua pada Kejohanan Mini ini. Diharap, di pusingan kedua nanti akan menjadi lebih meriah dan hebat lagi.


 TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PASUKAN YANG TERLIBAT DAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA BARISAN PEMENANG.

KEJOHANAN MINI RAJA SEHARI EDISI 2012-2013


Tajuk: Kejohanan Mini Raja Sehari Edisi 2012-2013
Lokasi: De Stadium Futsal Kota Bharu
Tarikh: 2012-2013 (Sabtu)
Masa: 9 malam hingga 12 tgh malam
Yuran: Hanya RM60/sepasukan
Hadiah: RM150.00 Tunai

*Nota: Terhad kepada 8 pasukan sahaja.