Translate

Monday, January 30, 2012

KIDDO FC JOHAN PUSINGAN KEDUA SIRKIT FUTSAL UMBRO AL-IKHSAN PIALA SITI MARYAM 2012

KIDDO FC JOHAN PUSINGAN KEDUA SIRKIT FUTSAL UMBRO AL-IKHSAN PIALA SITI MARYAM 2012

Pasukan Kiddo FC daripada Subang Jaya muncul johan Pusingan Kelayakan Kedua Sirkit Futsal Umbro Al-Ikhsan Piala Siti Maryam 2012 setelah mengejutkan pasukan pilihan Dani FC B, 2-0 di De Stadium Futsal,USJ 19 Subang Jaya Selangor.
Kemenangan ini membolehkan pasukan Kiddo FC meraih hadiah wang tunai RM1,000, bersertakan baucer produk Umbro bernilai RM1000.  Naib Johan, Dani FC B pula memenangi hadiah wang tunai bernilai RM600 berserta baucer produk Umbro bernilai RM750, manakala pasukan De Santai FC dan Fauzio FC yang masing-masing menduduki tempat ketiga/keempat,  membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200 serta baucer produk Umbro bernilai RM300.
Pasukan-pasukan ini juga melengkapkan kuota kelayakan daripada Pusingan Kedua ke Pusingan Akhir yang bakal diadakan pada bulan April 2012 kelak, menyertai pasukan Unity Ampang, Red Galacticos, Versus Five & MF Club yang telahpun layak sebelum ini ketika Pusingan Kelayakan Pertama yang diadakan pada 8hb Januari lepas.
Sebanyak 64 pasukan telah bertanding di dalam Pusingan Kelayakan Kedua ini, dan antaranya berasal dari negeri Perak, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, selain daripada pasukan-pasukan lain yang berpangkalan di Lembah Klang.  Pertandingan ini turut mendapat sambutan di kalangan remaja sekolah walaupun berkategori terbuka sahaja apabila Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Abdul Razak dari Pekan, Pahang menghantar sebanyak 6 pasukan, yang rata-ratanya dibarisi oleh remaja berumur antara 15 ke 17 tahun, yang tanpa gentar bersaing bersama pemain-pemain dewasa.  Kejutan dialami oleh beberapa pasukan gergasi seperti Dani FC A, Court Soccer, Royale FC, Majlis Daerah Kuala Langat, De Stadium YT, UiTM Melaka & Samba de Futsal apabila gagal untuk beraksi dengan cemerlang.      
Pusingan Kelayakan yang seterusnya pula melihatkan pertandingan Piala Siti Maryam ini berkunjung ke selatan tanahair, iaitu di Sports Prima, Johor Bahru pada 12hb Februari 2012.  Selepas itu pula peminat sukan futsal di utara & pantai timur juga berpeluang menyertai kejohanan Piala Siti Maryam apabila sirkit ini diadakan di Pulau Pinang (Pusingan Keempat, 25hb Februari, Safira Sports Planet) & Kuala Terengganu (Pusingan Kelima, 10hb Mac, Sports Planet), sebelum kembali ke ibukota bagi Pusingan Kelayakan terakhir pada 24hb Mac, yang mana lokasi akan diberitahu kelak.  Di setiap Pusingan Kelayakan, 48 pasukan pertama yang mendaftar bakal menerima set jersi eksklusif yang direka khas bagi pertandingan, tajaan Umbro dan Al-Ikhsan.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian ‘hotline’ pertandingan di 013-2879778 atau 03-80249778 atau 03-80240778.  Maklumat pertandingan juga boleh didapati di www.destadiumfutsal.blogspot.com ataupun www.facebook.com/destadiumfutsal . Borang penyertaan pertandingan boleh juga didapati di semua kaunter lokasi pertandingan dan cawangan-cawangan tertentu butik Al Ikhsan.

No comments:

Post a Comment