Translate

Monday, January 9, 2012

PASUKAN UNITY AMPANG MENANG BERGAYA PADA PUSINGAN KELAYAKAN PERTAMA KEJOHANAN SIRKIT FUTSAL UMBRO AL-IKHSAN PIALA SITI MARYAM 2012

UNITY AMPANG JOHAN PUSINGAN PERTAMA SIRKIT FUTSAL UMBRO AL-IKHSAN PIALA SITI MARYAM 2012

Pasukan Unity Ampang daripada Kuala Lumpur muncul johan Pusingan Kelayakan Pertama Sirkit Futsal Umbro Al-Ikhsan Piala Siti Maryam 2012 setelah menewaskan pasukan Red Galacticos, 1-0 di De Stadium Futsal,USJ 19 Subang Jaya Selangor.

Di samping muncul sebagai Johan Pusingan Kelayakan Pertama di mana mereka memenangi hadiah wang tunai RM1,000, bersertakan baucer produk Umbro bernilai RM1000, Unity Ampang juga menempah salah satu daripada empat tempat ke Pusingan Akhir pada bulan April 2012 depan. Red Galacticos yang juga turut layak ke Pusingan Akhir memenangi hadiah wang tunai bernilai RM600 bersertai baucer produk Umbro bernilai RM750.  Melengkapkan senarai empat pasukan daripada Pusingan Kelayakan Pertama yang berjaya layak ke Pusingan Akhir kelak adalah pasukan Versus 5 dan MF Club FC, yang masing-masing muncul di tempat ketiga & keempat, dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200 serta baucer produk Umbro bernilai RM300.

Sementara itu, kategori Jemputan Media pula diraih oleh pasukan Media Karangkraf hasil kemenangan 3-0 ke atas Info Sukan RTM sekali gus membawa pulang trofi kemenangan dan produk Umbro, manakala naib juara pula menerima produk. Berita Harian/Metro muncul di tempat ketiga manakala pasukan Scoreboard TV3 di tempat keempat.

Kejohanan yang dianjurkan bersama oleh De Stadium Futsal dan Planet Football ini berjaya menghimpunkan sebanyak 55 pasukan dari serata Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Pusingan Kelayakan Kedua akan diadakan di lokasi yang sama iaitu di De Stadium Futsal, Subang Jaya pada 29hb Januari 2012, Peminat sukan futsal di selatan, utara & pantai timur juga berpeluang menyertai kejohanan Piala Siti Maryam apabila sirkit ini diadakan di Johor Baharu (Pusingan Ketiga, 12hb Februari, Sports Prima), Pulau Pinang (Pusingan Keempat, 25hb Februari, Safira Sports Planet), Kuala Terengganu (Pusingan Kelima, 10hb Mac, Sports Planet), sebelum kembali ke ibukota bagi Pusingan Kelayakan terakhir pada 24hb Mac, yang dimana lokasi akan diberitahu kelak.  Di setiap Pusingan Kelayakan, 48 pasukan pertama yang mendaftar bakal menerima set jersi eksklusif yang direka khas bagi pertandingan, tajaan Umbro dan Al-Ikhsan.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian ‘hotline’ pertandingan di 013-2879778 atau 03-80249778 atau 03-80240778.  Maklumat pertandingan juga boleh didapati di www.destadiumfutsal.blogspot.com ataupun www.facebook.com/destadiumfutsal . Borang penyertaan pertandingan boleh juga didapati di semua kaunter lokasi pertandingan dan cawangan-cawangan tertentu butik Al Ikhsan.

No comments:

Post a Comment